MONTE CARLO, Monaco – Pelumba McLaren Mercedes menyapu bersih kedudukan 1-2 untuk menguasai sepenuhnya perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Grand Prix Monaco di sini, semalam.
Dengan diketuai juara dunia dua kali, Fernando Alonso yang muncul juara, rakan sepasukannya, Lewis Hamilton pula memastikan penguasaan dengan menduduki tempat kedua diikuti pelumba Ferrari, Felipe Massa ketiga.
Alonso meninggalkan Hamilton 4.095s di belakang manakala Massa lebih jauh iaitu 1min:09.114s pada perlumbaan 78 lap di atas litar jalan raya sepanjang 3.34km itu.
Ini merupakan kejuaraan ke-17 yang dicipta Alonso sepanjang kariernya dan yang kedua musim ini selepas GP Malaysia.
Kejayaan Alonso itu juga melebarkan rekod kejayaan McLaren kepada 150 kemenangan dalam sejarah F1 dunia.
“Tidak pernah saya tinggalkan pelumba di tempat ketiga (Ferrari) lebih satu minit. Pastinya ia antara kejayaan paling mudah dan manis setakat ini.
“Memang menakjubkan apabila anda muncul pelumba terpantas, berada di petak depan dan kemudiannya muncul juara di sini.
“Ia satu hatrik. Saya begitu gembira memandu 78 lap dengan kereta sesempurna ini ,” kata Alonso.
Dengan kejayaan itu, Alonso merampas kedudukan pendahulu keseluruhan daripada Hamilton walaupun mempunyai sama 38 mata daripada lima perlumbaan musim ini.
Massa di tempat ketiga keseluruhan dengan 33 mata.
Hamilton juga terus mencipta sejarah menjadi pendatang baru yang berjaya lima kali menaiki podium berturut-turut dalam lima penampilan pertamanya dalam F1 pada tahun ini.
Bagaimanapun, pelumba Britain berusia 22 tahun itu masih belum pernah naik ke podium selaku juara setakat ini.
“Saya tidak mahu membuat sesuatu yang bodoh. Cukup ia satu pencapaian 1-2 yang terbaik kami. Apa yang penting adalah mata bagi pasukan,” kata Hamilton.
Alonso yang memulakan perlumbaan di petak depan di sini sama seperti tahun lalu ternyata tidak memberi ruang apabila pantas memecut ke depan sambil diikuti rapat Hamilton yang mengawal pergerakan Massa di belakangnya.
“Biar saya pamer persembahan 150 peratus sekali pun, ia sukar mengubah keadaan. Mereka (McLaren) memang pantas kali ini,” tegas Massa.
Selepas 10 lap, Alonso mudah berada empat saat di depan sebelum pada lap ke-20 sudah mula memintas kereta-kereta lain dan mengekalkan kedudukan itu sehingga tamat perlumbaan.
Pelumba Renault, Giancarlo Fisichella mencatat pencapaian terbaiknya musim ini apabila menduduki tempat keempat diikuti Robert Kubica (BMW-Sauber) kelima dan rakan sepasukannya, Nick Heidfeld keenam
Seorang lagi pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen yang terpaksa bermula di petak ke-16 kerana menghadapi masalah stering pada kelayakan kelmarin, hanya mampu menduduki tempat kelapan.
Selepas dua perlumbaan di Eropah, semua pelumba akan terbang ke benua Amerika untuk GP Kanada pada 10 Jun dan GP Amerika Syarikat seminggu kemudian.

No comments:
Post a Comment