Tahniah kepada pasukan McLaren kerana awal pagi tadi menjuarai GP Monaco, di mana Alonso menjuarai GP tersebut buat 2 tahun berturut2, disamping pemandu kedua mereka iaitu Hamilton turut menaiki podium. Kemenangan 1-2 ini cukup manis bagi Mclaren kerana dapat juga menyaingi kehebatan pasukan lain spt Ferrari , dan BMW. Beberapa tahun kebelakangan ini Mclaren mengalami kejatuhan, namun tahun ini mereka berjaya membuat "comeback" dengan begitu cemerlang, tahniah sekali lagi.
Bagi peminat F1 tempatan mesti mengharapkan pasukan tajaan Petronas iaitu pasukan BMW Sauber Petronas dapat menyaingi pasukan handalan yang lain, tapi setakat ini belum ada lagi pencapaian yang dapat dibanggakan. Pencapaian terbaik tahun ini adalah hadir dari Nick Heidfeld yang menduduki tempat keempat di Australia,Malaysia, dan Bahrain. Tetapi kita harus bersabar,kerana kejayaan pasti akan hadir.
Sunday, May 27, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment